DBKL, MPS serbu peniaga asing Selayang - Utusan Malaysia

DBKL, MPS serbu peniaga asing Selayang

ANGGOTA penguat kuasa DBKL dan MPS menyerbu Pasar Harian Selayang yang dikatakan dijalankan warga asing. - FACEBOOK DBKL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Jabatan Penguatkuasaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dengan kerjasama Majlis Perbandaran Selayang (MPS) bertindak menyerbu dan melaksanakan tindakan penguatkuasaan terhadap aktiviti perniagaan yang dijalankan warga asing di sekitar Jalan Besar dan Jalan Selayang Baru, Pasar Harian Selayang, di sini awal pagi tadi.

Dalam satu kenyataan, sejumlah lapan aktiviti perniagaan dari etnik Rohingya yang memegang Kad Pelarian Suruhanjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu Untuk Pelarian (UNHCR) diambil tindakan sita dan pindah barangan perniagaan.

Menurutnya, tindakan penguatkuasaan itu diambil menerusi Undang-Undang Kecil Pelesenan Penjaja (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 2016 dan Seksyen 46(1), Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974.

“Selain dari tidak memiliki kebenaran untuk menjalankan perniagaan, penjaja warga asing ini turut meletakkan barangan perniagaan mereka di atas jalan dan tempat parkir kenderaan,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

Hantaran itu menambah, kerjasama dan tindakan bersepadu melibatkan pegawai dan anggota penguatkuasa dari MPS itu akan terus dilaksanakan secara berkala bagi memastikan aktiviti perniagaan dari warga asing dapat dibanteras.

“Ia termasuk dengan kerjasama semua agensi penguatkuasa yang lain dalam masa terdekat,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya