Dasar pendidikan perlu bimbing, bentuk pemikiran generasi muda - Utusan Malaysia

Dasar pendidikan perlu bimbing, bentuk pemikiran generasi muda

Dasar pendidikan
ANWAR Ibrahim menyampaikan syarahan ulung Kursi Siddiq Fadzil, Reformasi Pendidikan Untuk Kesejahteraan Masa Depan Malaysia dekat Dewan Canselor, Universiti Selangor (Unisel), di Kuala Selangor, Selangor. - UTUSAN / SADDAM YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA SELANGOR: Pemikiran generasi muda yang dibentuk menerusi dasar pendidikan perlu dibimbing oleh kerangka idea bersandarkan kepada nilai, akhlak, keamanan, keadilan, kemanusiaan dan keyakinan yang mengatasi sentimen perkauman atau kelompok.

Justeru, generasi muda dalam pelbagai kaum digesa untuk bangkit mempertahankan elemen tersebut sebagai satu kekuatan baharu masyarakat madani di negara ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, dasar pendidikan memerlukan guiding ideas untuk membicarakan persoalan tentang madani, pertumbuhan sosial dan ekonomi serta reformasi.

“Saya mula dengan ungkapan guiding ideas, bersama Siddiq Fadzil, kita popularkan karya pemikir Algeria terkenal Malek Bennabi yang menyatakan pergerakan dalam usaha menjana perubahan termasuk dalam bidang pendidikan mesti ada kerangka pemikiran yang mendasari pemikiran.

“Apakah kerangka pemikiran dasar, jika tidak ada, kita hanya menerobos, meminjam, menciplak, menjadi pancaroba, jadi apa identitinya? Apakah kerangka pemikiran yang akan menjadi pegangan kita, yang boleh membawa perubahan dalam negara kita?

“Malek Bennabi menyebut, guiding ideas itu mesti berteraskan keyakinan, manusia itu digelarkan manusia kerana keyakinan, sama ada kita gunakan istilah akidah, ideologi atau doktrin, ia berteraskan keyakinan. Keyakinan kita bukan sahaja akidah, tetapi kerana keyakinan diterjemahkan dari sudut dasar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan syarahan ulung Kursi Siddiq Fadzil, Reformasi Pendidikan Untuk Kesejahteraan Masa Depan Malaysia dekat Dewan Canselor, Universiti Selangor (Unisel), hari ini.

Dalam syarahan tersebut, beliau juga mengumumkan peruntukan tambahan daripada kerajaan kepada Kursi Siddiq Fadzil sebanyak RM1 juta bagi mengembangkan peranannya dalam menyumbang kepada bidang pendidikan negara.

Anwar menambah, pembentukan pemikiran generasi muda perlu meneladani pemikir Mursyidul Am Kedua Ikhwanul Muslimin, Hassan al-Hudaybi yang menekankan tentang sikap individu mengambil tugas sebagai penghukum seperti dikupas oleh Allahyarham Profesor Datuk Dr. Siddiq Fadzil.

“Maka Siddiq juga mengupas dalam karya beliau tentang apa yang cuba diolah oleh pemimpin pengganti gerakan Ikhwan ketika itu, Hassan al-Hudaybi yang menulis Du’at la Qudat, maknanya kita ini penyeru, pembaharu, pencerah, pendakwah jangan kita ambil tugas kadi dan hakim dan menghukum, kerana orang ini tidak sependapat dengan kita.

“Kerana dia itu kabilah, parti lain maka kita terus kita buat hukuman yang keras, seperti mana kita lihat dalam media sosial seperti TikTok yang popular ini. Jadi Du’at La Qudat ini maknanya kita ini pendakwah jangan menghukum, kerana menghukum itu ada kaedah yang tetap,” jelasnya.

Dalam pada itu, beliau menaruh keyakinan kepada Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek untuk membawa dasar pendidikan yang membawa kecemerlangan termasuk bidang pengkhususan seperti teknologi maklumat, kecerdasan buatan (AI) dan digital berpandukan keyakinan dan nilai. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya