Ceroboh perairan negara, bot nelayan Indonesia ditahan - Utusan Malaysia

Ceroboh perairan negara, bot nelayan Indonesia ditahan

SEBUAH bot nelayan Indonesia ditahan Maritim Malaysia Pulau Pinang di Pulau Kendi semalam selepas didapati menceroboh perairan negara.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

GEORGE TOWN: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Pulau Pinang menahan sebuah bot nelayan Indonesia pukul 12.41 tengah hari semalam selepas didapati menceroboh perairan negara.

Pengarah Maritim Negeri Pulau Pinang, Kepten Maritim Abd. Razak Mohamed berkata, kapal ronda Maritim Malaysia menahan bot nelayan itu di kedudukan 34.2 batu nautika barat daya Pulau Kendi ketika melaksanakan rondaan Op Tanjung dan Op Pertiwi.

Ujar beliau, hasil pemeriksaan awal mendapati, bot itu dikendalikan oleh empat kru warga Indonesia berumur antara 31 hingga 40 tahun.

“Kesemua mereka gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri dan permit menangkap ikan di perairan Malaysia.

“Mereka disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985 dan Akta Imigresen 1959/63 iaitu menangkap ikan di perairan Malaysia tanpa permit daripada Ketua Pengarah Perikanan Malaysia serta tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan diri yang sah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah beliau, bot serta kru ditahan termasuk 100 kilogram hasil laut dibawa di Jeti Pasukan Polis Marin Batu Uban sebelum diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia untuk siasatan lanjut.

Dalam pada, katanya, Maritim Malaysia akan sentiasa memantau dan memastikan perairan negara terkawal dari sebarang pencerobohan bot nelayan asing yang cuba mencuri hasil laut di perairan Malaysia. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya