Calon SPM dalam perjalanan ke sekolah maut kemalangan

Calon SPM dalam perjalanan ke sekolah maut kemalangan

SEORANG pengguna jalan raya memberikan bantuan awal kepada pelajar yang terlibat kemalangan membabitkan tiga buah kenderaan dan seorang pejalan kaki di Taman Intan, Sungai Petani.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI: Seorang pelajar lelaki tidak sempat menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) selepas terlibat dalam kemalangan maut membabitkan tiga buah kenderaan dan seorang pejalan kaki di Jalan Taman Intan, pada pukul 7.05 pagi ini.

Mangsa, Lee Yi Long, 17, pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tunku Ismail sepatutnya menduduki Ujian Bertutur Bahasa Melayu di sekolahnya yang bermula hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, kemalangan dipercayai berlaku ketika mangsa yang menunggang motosikal jenis Honda RS150 mengekori sebuah kereta Perodua Kancil di lorong kanan dari arah Taman Intan menuju ke sekolahnya.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, seorang pejalan kaki wanita berumur 73 tahun tiba-tiba melintas jalan menyebabkan pelajar itu gagal mengawal motosikalnya lalu melanggar wanita itu hingga menyebabkan kedua-duanya jatuh.

“Motosikal mangsa kemudiannya menggelongsor dan merempuh pintu belakang Perodua Kancil sebelum terpelanting dan mengenai pula kereta Proton X70 yang diparkir di bahu jalan,” katanya di sini, hari ini.

Kata Zaidy, pejalan kaki dan pelajar terbabit mengalami kecederaan parah dan dikejarkan ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), manakala kedua-dua pemandu Perodua Kancil dan Proton X70 tidak mengalami kecederaan.

“Bagaimanapun pada pukul 12.35 tengah hari tadi, pelajar itu menghembuskan nafas terakhir ketika sedang diberikan rawatan di Zon Kuning HSAH.

“Kita sedang mengesan saksi bebas kejadian itu untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya