Cabaran Malaysia acara perseorangan berakhir - Utusan Malaysia

Cabaran Malaysia acara perseorangan berakhir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Cabaran Malaysia dalam acara perseorangan pada Kejohanan Tenis Sanctband ITF World Tennis Tour Women W15 Pusingan 1 yang berlangsung di Arena Tenis Perak di sini berakhir semalam.

Ini berikutan kekalahan kesemua tiga wakil negara pada saingan pusingan 32 semalam.

Shihomi Leong, Jo-Leen Saw, Phang Ziyi Nao yang menyertai kejohanan itu secara wildcard, gagal melepasi halangan pertama masing-masing.

Jo-Leen adalah pemain pertama Malaysia tersingkir apabila tumpas kepada pemain Jepun, Hosonuma Chisa, 4-6, 6-3, 3-6 .

Phang Ziyi juga tumpas dalam pertarungan tiga set 2-6, 6-3, 4-6 kepada Anja Nayar dari Australia .

Manakala Shihomi tidak berpeluang langsung ketika tumpas 1-6, 2-6 Kepada Chanta Anchisa.

Pemain dari Thailand itu adalah pilihan ketiga kejohanan.

Begitupun, cabaran Shihomi dan Joo Leen dalam kejohanan itu masih ada kerana akan bergandingan dalam acara beregu.

Pasangan itu akan bertemu gandingan Jaeda Daniel (USA) – Vivian Yang (NZL) yang juga pilihan ke-4 kejohanan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya