Burung cinta tarikan baharu Taman Buaya Melaka

Burung cinta tarikan baharu Taman Buaya Melaka

ABDUL RAHIM Thamby Chik membuka sangkar melepaskan burung cinta di sangkar Aviary di Taman Buaya dan Rekreasi Melaka (TBRM), Ayer Keroh, Melaka. - UTUSAN/AMRAN MULUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Lovebird Paradise yang menempatkan 70 ekor burung spesis nuri atau kakak tua bernilai RM24,500 menjadi tarikan terbaharu di Taman Buaya dan Rekreasi Melaka (TBRM), Ayer Keroh di sini.

Pengerusi Eksekutif Artac yang mengendalikan TBRM, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik berkata, pembukaan Lovebird Paradise dijangka menarik ramai pengunjung ke taman tersebut memandangkan lovebird atau burung cinta sukar didapati di negara ini.

Menurutnya, ia adalah spesis nuri yang kecil serta cantik dengan pelbagai warna berasal dari Afrika.

“Burung ini ditempatkan dalam sebuah sangkar besar dikenali sebagai sangkar aviary bersama-sama pelbagai spesis unggas seperti ayam hutan, itik belibis, ayam api-api, ayam belanda dan angsa.

“Kebiasaannya burung ini hidup secara berpasangan dalam kumpulan yang kecil dan suka mengeluarkan bunyi serta sangat aktif,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelepasan Burung Lovebird di TBRM di sini, semalam.

Rahim berkata, selain burung cinta, sebanyak 100 ekor buaya terdiri daripada buaya tembaga, jejulung, siam dan caiman menjadi antara tarikan sempena musim cuti persekolahan ini.

Jelasnya, TBRM turut merancang memperkenalkan satu lagi produk iaitu rumah hantu bagi mencapai sasaran 150,000 pengunjung tahun ini.

“Sebelum ini TBRM hanya dikunjungi seramai 120,000 pengunjung sepanjang tahun lalu. Kita sedang mencari operator baharu untuk menghidupkan semula rumah hantu untuk kembali beroperasi tidak lama lagi,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya