Bukan semua hidangan RM5 adalah Menu Rahmah

Bukan semua hidangan RM5 adalah Menu Rahmah

NORENA Jaafar dalam sidang akhbar selepas program pelupusan eksibit di Stor KPDN, Krubong, Melaka. - UTUSAN/MUHAMMAD SHAHIZAM TAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Melaka mengesan terdapat peniaga di negeri ini yang menjual Menu Rahmah tanpa berdaftar dengan pihaknya.

Pengarahnya, Norena Jaafar berkata, para peniaga perlu memahami tujuan inisiatif itu diperkenalkan dan tidak mengambil kesempatan melariskan jualan menggunakan nama Menu Rahmah untuk menarik lebih ramai pelanggan.

Katanya, pemantauan yang dilakukan secara berkala mendapati, ada menu yang berharga RM5 sebelum ini tetap dijual pada harga sama.

“Terdapat peniaga terutama di gerai-gerai tepi jalan menjual Menu Rahmah tanpa melalui KPDN. Mereka kata menu ini Menu Rahmah, tetapi apabila kita periksa, memang harga asal RM5.

“Perkara ini tidak boleh berlaku kerana mesti ada perbezaan harga. Jika harga sebelum ini RM5, maka mereka boleh jual pada harga RM4.50 atau RM4.80 untuk Menu Rahmah. Bukannya menukar menu RM5 tersebut kepada Menu Rahmah.

“KPDN akan memberi advokasi kepada peniaga ini, mungkin kerana ada yang tidak cakna dengan syarat yang ditetapkan. Kita akan terangkan Menu Rahmah mesti terdiri daripada serat dan protein atau menu yang dicipta khas dan dijual pada harga RM5 dan ke bawah,” katanya dalam sidang akhbar selepas program pelupusan eksibit di sini hari ini

Sementara itu, mengenai penyertaan Menu Rahmah di Melaka, Norena memberitahu, sehingga kini sebanyak 23 premis menyediakannya termasuk tiga buah hotel.

Menurutnya, sambutan setakat ini sangat menggalakkan kerana menu itu terbuka kepada semua golongan.

“Peniaga yang menjual Menu Rahmah mendapati hasilnya (jualan) sangat baik kerana menu berkenaan adalah sebahagian daripada menu harian mereka. Menu biasa masih ada tetapi apabila mereka menjual pada harga RM5, perniagaan mereka semakin lancar,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya