Bot kenka tidak diusahakan sendiri pemilik ditahan - Utusan Malaysia

Bot kenka tidak diusahakan sendiri pemilik ditahan

SEBUAH bot nelayan kenka tempatan yang tidak diusahakan sendiri pemiliknya ditahan Maritim Malaysia Pulau Pinang pada jarak 4.6 batu nautika dari tenggara Pulau Rimau, petang semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

GEORGE TOWN: Sebuah bot nelayan kenka tempatan yang tidak diusahakan sendiri oleh pemiliknya ditahan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Pulau Pinang dalam satu rondaan rutin Op Pertiwi kira-kira pukul 6.30 petang semalam.

Pengarah Maritim negeri, Kepten Maritim Abd. Razak Mohamed berkata, bot itu ditahan pada jarak 4.6 batu nautika dari tenggara Pulau Rimau, dekat sini.

Katanya, hasil pemeriksaan mendapati, bot kenka itu dikendalikan oleh seorang tekong dan empat kru warga tempatan berusia antara 33 hingga 47 tahun.

Sehubungan itu, katanya, mereka ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985 iaitu melanggar syarat sah lesen.

“Bot dan kru yang ditahan itu kemudian dibawa ke Jeti PGM (Pasukan Gerakan Marin) Batu Uban dan diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia bagi tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut beliau, Maritim Malaysia tidak akan berkompromi dalam mengambil tindakan lebih tegas terhadap mana-mana pengusaha atau pemilik bot yang melanggar undang-undang persekutuan di Zon Maritim Malaysia.

“Sebarang aduan dan salah laku jenayah maritim atau sebarang kejadian kecemasan di laut, orang ramai boleh segera menghubungi Pusat Operasi Maritim Negeri Pulau Pinang di talian 04-2626146 atau MERS 999 untuk maklum balas segera,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya