Pendakwaan terhadap Wan Saiful pendakwaan terpilih - Muhyiddin - Utusan Malaysia

Pendakwaan terhadap Wan Saiful pendakwaan terpilih – Muhyiddin

MUHYIDDIN Yassin (memakai topeng muka) tiba di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur. - UTUSAN/SADDAM YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sudah menjangkakan pendakwaan mahkamah yang membabitkan pemimpinnya bakal berlaku setelah melihat sokongan padu rakyat kepada parti dan Perikatan Nasional (PN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa, pendakwaan terhadap Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Saiful adalah pendakwaan terpilih khususnya menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) dalam waktu terdekat.

“Kita sudah menjangkakan inilah akan dilakukan oleh kerajaan PH-BN untuk melumpuhkan Bersatu setelah melihat sokongan kepada Bersatu-PN semakin kuat pada PRU15 dan ini sesuatu sukar dijangka oleh PH dan BN.

“Adalah dijelaskan sumbangan diterima Bersatu adalah sumber sah dan tidak menyalahi undang-undang, memandangkan pendakwaan terpilih telah diambil pemimpin Bersatu, saya yakin pembelaan sewajarnya dan seadilnya akan ditegakkan di mahkamah,” katanya dalam sidang akhbar di Mahkamah Kuala Lumpur hari ini.

Terdahulu, Wan Saiful mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini atas pertuduhan menerima rasuah hampir RM7 juta berkaitan Program Jana Ekonomi Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera Berwibawa (Jana Wibawa).

Ahli Parlimen Tasek Gelugor itu turut didakwa meminta rasuah berkaitan projek Central Spine Road: Sertik Ke Persimpangan Lebuh Raya Pantai Timur bernilai RM232 juta daripada Kerajaan Malaysia secara pra kelayakan.

Dalam pada itu Muhyiddin memberitahu, ‘mahkamah rakyat’ akan menghukum kerajaan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (PN) di atas niat jahat mereka melakukan tindakan pendakwaan terpilih kepada lawan politik mereka.

Beliau kemudian meminta semua ahli Bersatu tenang dan diminta tidak melakukan sebarang tindakan boleh menggugat ketenteraman awam.

“Kepimpinan parti sedang mengambil tindakan sewajarnya mengikut saluran undang-undang,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya