Berita Awesome TV: MCMC buka kertas siasatan

Berita Awesome TV: MCMC buka kertas siasatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CYBERJAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 206 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998 bagi menyiasat laporan diterbitkan stesen televisyen Awesome TV.

Jabatan Komunikasi Korporat MCMC berkata, siasatan adalah berkaitan kegagalan mematuhi syarat lesen dan pihaknya mengadakan pertemuan dengan pengurusan tertinggi stesen televisyen itu semalam bagi mendapatkan penjelasan lanjut berhubung laporan mengenai cadangan mengurangkan bilangan penjawat awam.

“Apabila kertas siasatan dilengkapkan, ia akan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk keputusan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut MCMC, jika disabit kesalahan, pesalah boleh dihukum seperti yang diperuntukkan di bawah Seksyen 242 iaitu denda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Katanya, MCMC memandang serius aduan pengguna dan komited dalam usaha mempertingkat tahap pematuhan pemegang lesen Pemberi Perkhidmatan Aplikasi Kandungan Individu (CASP-I).

“Ia supaya kandungan disiarkan mencerminkan budaya, identiti dan norma-norma masyarakat selaras dengan AKM 1998 serta Kod Kandungan,” jelasnya.

Katanya, setiap aduan diterima akan diteliti berdasarkan peruntukan AKM 1998, peraturan- peraturan berkaitan di bawahnya dan mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan.

Jelasnya lagi, antara tatacara atau proses aduan dibuat adalah seperti memanggil pihak penyiar yang diadukan untuk tampil mengemukakan penjelasan bagi menentukan bentuk tindakan penguatkuasaan akan diambil. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya