Bekas tentera maut kemalangan - Utusan Malaysia

Bekas tentera maut kemalangan

ANGGOTA polis mengangkat mayat Wan Nawang Wan Abdullah yang maut dalam kemalangan di  Kilometer 157, Jalan Jerangau-Jabor, berhampiran Plaza Tol Cheneh, Kemaman, hari ini. - UTUSAN/NIK NUR IZZATUL HAZWANI NIK ADNAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN: Seorang bekas tentera maut selepas kenderaan yang dipandunya terbabas di Kilometer 157, Jalan Jerangau-Jabor, berhampiran Plaza Tol Cheneh, di sini, hari ini. 

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.45 petang, mangsa, Wan Nawang Wan Abdullah, 63, yang berasal dari Kampung Undang, Bukit Payong, Marang maut di lokasi kejadian ekoran kecederaan di beberapa bahagian badan. 

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Hanyan Ramlan berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila mangsa yang memandu kenderaan jenis Nissan Almera dari arah Kuala Terengganu menghala ke Kuantan tiba-tiba hilang kawalan sebelum terbabas ke kiri jalan. 

“Kereta dipandu mangsa turut terjunam ke dalam gaung sedalam tiga meter sebelum merempuh sebatang pokok kelapa sawit. 

“Mangsa telah disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan yang tiba di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Hanyan berkata, mayat mangsa telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Kemaman untuk tindakan lanjut.

Tambahnya, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya