Bekalan ayam dijangka kurang menjelang Aidilfitri - Utusan Malaysia

Bekalan ayam dijangka kurang menjelang Aidilfitri

Bekalan ayam
AMEER Ali Mydin menyerahkan replika sumbangan Mydin kepada Naib Canselor UiTM, Profesor Datuk Dr. Roziah Mohd. Janor sambil disaksikan Raduan Che Rose di UiTM Shah Alam, Selangor, hari ini. -  UTUSAN / AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Bekalan ayam dijangka berdepan kekurangan bekalan dan harga yang melambung menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri susulan pemborongnya kini menjual pada harga RM9 hingga RM9.12 sekilogram kepada penjual.

Situasi tersebut bakal menimbulkan kesukaran terutama kepada peniaga-peniaga kecil dan menyebabkan risiko gulung tikar sekaligus menyukarkan pengguna mendapatkan bahan makanan itu.

Pe­ngarah Urusan Mydin, Datuk Ameer Ali Mydin berkata, sebahagian besar penjual kecil tidak mampu membeli ayam daripada pemborong dengan harga yang tinggi.

“Kerajaan ketika ini masih lagi menetapkan harga kawalan ke atas ayam di peringkat peniaga, iaitu RM 9.40 sekilogram. Jadi, bagaimana peniaga ini nak dapat keuntungan daripada penjual ayam.

“Takkan peniaga mahu jual RM9.40 sekilogram juga. Jadi, saya harap kerajaan perlu lihat perkara ini semula,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri majlis sesi perjumpaan di antara Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti (LPU) UiTM baharu, Profesor Datuk Dr. Raduan Che Rose dengan pengurusan kanan universiti itu, hari ini.

Dalam majlis tersebut, beliau menyatakan komitmen Mydin untuk menaja 5,000 pek makanan dalam program Menu Ramah yang dianjurkannya ketika ini kepada mahasiswa universiti itu.

Dalam pada itu, Ameer Ali mengakui terdapat pembekal telur ayam mencetuskan ketidakseimbangan terhadap bekalan telur apabila mengeluarkan telur omega berbanding telur biasa untuk mengaut keuntungan.

“Ini adalah lumrah perniagaan, iaitu peniaga mahu mengaut keuntungan dan mana-mana pihak tidak boleh paksa peniaga membuat itu dan ini.

“Tetapi saya melihat lebih baik harga barang (ayam dan telur ayam) ditentukan oleh pasaran barangan itu sendiri bagi mengelak bekalan dua barang itu kurang untuk orang awam membelinya,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya