Baby Monster bakal cabar Blackpink

Baby Monster bakal cabar Blackpink

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEOUL: Label muzik, YG Entertainment yang pernah melahirkan Blackpink mengumumkan kemunculan artis K-pop berkumpulan wanita baharu dikenali sebagai Baby Monster.

Kumpulan tersebut secara rasmi diperkenalkan di semua platform media sosial seperti TikTok, YouTube, Instagram, Facebook dan Twitter, beberapa hari lalu.

Pihak pengurusan syarikat mula memberikan gambaran kemunculan bakat baharu selepas memperkenalkan setiap ahli kumpulan tersebut sejak beberapa minggu lalu.

Mereka diperkenalkan menerusi klip video nyanyian dan tarian yang disiarkan secara langsung.

Kumpulan yang turut dikenali sebagai Baemon itu dianggotai tujuh ahli berusia antara 13 hingga 20 tahun.

Saling tidak tumpah seperti Blackpink, ahli kumpulan Baby Monster berasal dari beberapa negara seperti Korea Selatan yang membariskan Haram, 15; Ahyeon, 15 dan Rora, 14.

Sementara itu, Chiquita, 13, dan Pharita, 17, pula berasal dari Thailand, manakala Asa, 16, dan Ruka, 20 dari Jepun.

Bagaimanapun, tarikh rasmi pengenalan single pertama kumpulan itu belum diumumkan lagi.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya