APM Sarawak anjur 33 siri kursus asas

APM Sarawak anjur 33 siri kursus asas, terbuka kepada orang awam

Pegawai dan anggota APM Sarawak pada Majlis Perhimpunan Setia dan Amanat Tahun Baharu YS Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Sarawak Tahun 2023, di Kuching hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Sarawak giat merancang pelaksanaan 33 Siri Kursus Asas tahun ini bagi memantapkan perkhidmatan penyelamatan agensinya.

Pengarah APM Sarawak Abdul Wahab Rahim berkata kursus tersebut bakal melibatkan anggota APM dan turut terbuka kepada orang awam termasuk agensi swasta.

“InsyaAllah, kita merancang akan mengadakan 33 Siri Kursus Asas dalam setahun, dan kursus tersebut akan dibuka kepada orang ramai.

“Tetapi ada juga kursus yang kita gabungkan anggota APM dan kursus itu nanti kita boleh buka kepada agensi lain iaitu entiti kerajaan atau swasta,” katanya ketika ditemui media pada Majlis Perhimpunan Setia dan Amanat Tahun Baharu YS Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Sarawak Tahun 2023 hari ini.

Selain mengadakan kursus asas, APM Negeri Sarawak juga bakal menubuhkan kompleks APM sebagai tempat melatih anggota, individu atau badan bukan kerajaan (NGO) dalam menghadapi situasi kecemasan atau bencana alam.

“Kompleks APM ini akan dibina berdasarkan beberapa fungsi terasuk sebagai pusat latihan APM Negeri Sarawak. Ini kerana, APM Negeri Sarawak belum mempunyai pusat latihan.

“Pusat latihan ini bukan sahaja untuk melatih pegawai dan anggota APM, tetapi melatih sama ada individu atau NGO yang melaksanakan kerja-kerja berkaitan kecemasan atau bencana. Jadi, sekarang ini kita hanya perlu menyediakan jurulatih daripada orang tempatan dan jurulatih daripada pusat APM yang sedia ada,” jelasnya lagi.

Sementara dalam majlis berkenaan, seramai 16 anggota APM Negeri Sarawak menerima sijil kenaikan pangkat dan pingat.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN