PETALING JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim mempengerusikan Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri yang ke-140 di Parlimen hari ini.
Menurut Perdana Menteri, mesyuarat itu bertujuan untuk menyelaras semua perkara di bawah bidang kuasa negeri dan Persekutuan bagi memastikan agenda rakyat sentiasa diberi keutamaan saat ini.
“Mempengerusikan mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri yang ke-140 di Parlimen hari ini.
“Mesyuarat ini bertujuan untuk menyelaras semua perkara di bawah bidang kuasa negeri dan Persekutuan bagi memastikan agenda rakyat sentiasa diberi keutamaan saat ini,” kata Anwar menerusi hantaran Facebook beliau hari ini.
Selain Menteri Besar dan Ketua Menteri, mesyuarat itu turut dihadiri Timbalan-Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof serta menteri-menteri Kabinet dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Zuki Ali. – UTUSAN