Anwar kunjungi rakan lama, Rafidah Aziz

Anwar kunjungi rakan lama, Rafidah Aziz

ANWAR Ibrahim dan Wan Azizah Wan Ismail (kiri) bersama Rafidah Aziz (dua dari kiri) ketika mengunjungi kediaman bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu. - FB ANWAR IBRAHIM 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengunjungi rakan lama dalam Kabinet sekitar tahun 90an, Tan Sri Rafidah Aziz di kediaman bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu semalam.

Kunjungan itu disertai isteri beliau, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

“Bersama Azizah ke rumah Tan Sri Rafidah Aziz tadi. Doakan insya-Allah Aafiyah buat beliau,” tulis Anwar dalam satu hantaran Facebook beliau malam tadi..

Perdana Menteri berkongsikan gambar bersama Rafidah dan Wan Azizah.

Anwar dan Rafidah pernah bersama dalam barisan Kabinet pimpinan Perdana Menteri keempat, Tun Dr. Mahathir Mohamad sekitar tahun 90-an.

Rafidah yang kini berusia 80 tahun pernah menjadi menjadi Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri sejak 20 Mei 1987 hingga 19 Mac 2008 manakala Anwar pula menyandang pelbagai jawatan termasuk Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.

Meskipun Rafidah sudah bersara daripada arena politik, sehingga kini beliau lantang memberikan pelbagai idea dan kritikal khususnya isu-isu semasa dan ekonomi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya