Anna Aljuffrey lali diganggu lelaki miang - Utusan Malaysia

Anna Aljuffrey lali diganggu lelaki miang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PENYAMPAI baharu Suria FM, Anna Aljuffrey, mendedahkan dia sering mendapat pelbagai kiriman mesej aneh, termasuk hantaran lucah daripada lelaki miang di media sosial. 

Anna atau nama sebenarnya, Syarifah Nur Farhana Syed Talib, 32, bagaimanapun, tidak mahu runsingkan kepala memikirkan perkara itu kerana baginya, ia asam garam apabila memilih untuk menjadi selebriti. 

“Saya kerap menerima pelbagai mesej di media sosial, malah ada yang meluahkan hasrat untuk menjadikan saya sebagai teman hidup. 

“Mungkin mereka beranggapan, saya masih belum berpunya. Ada juga yang bercerita tentang kehidupan mereka, selain kerap memberikan komen pada setiap gambar atau video yang saya muat naik. 

“Bahkan, terdapat segelintir lelaki yang lebih berani apabila menghantar gambar lucah dan menulis bukan-bukan di Facebook atau Instagram. Saya tidak melatah kerana itu asam garam hidup apabila menjadi selebriti,” katanya. 

Dikenali sebagai Anna J menerusi segmen Suria Pagi Show pada hujung minggu, Anna berkata, dia tetap positif dan membalas kiriman mesej yang diterima. Katanya, belum terdetik untuk dia menutup ruangan komen kerana menganggap mereka sebagai peminat yang sentiasa memberikan sokongan. 

“Biarpun mendapat mesej pelik, saya tetap ucapkan terima kasih kerana mereka sudi dengar Suria FM. Setakat ini, saya masih okey dan belum sampai tahap hendak buat laporan polis. 

“Gangguan yang diterima sekadar di media sosial, tidak sehingga menggugat keselamatan saya,” katanya.

MAHU VERSATIL 

Anna J yang bersiaran dari pukul 6 hingga 10 pagi bersyukur kerana diberi peluang oleh Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abd. Majid atau dikenali DJ Lin untuk mengendalikan segmen tersebut. 

“Walaupun masih baharu, saya tetap diberi peluang sama rata seperti penyampai lain untuk menyertai segmen jelajah dan pelbagai siri promosi lain. 

“Saya juga pernah mengendalikan segmen lain seperti menggantikan Cik Piah bagi Suria Petang dan DJ Lin untuk segmen Suria Cinta,” katanya yang sudah setahun mengendalikan slot tersebut. 

Dalam pada itu, Anna berkata, dia teringin menceburkan diri dalam bidang lakonan sekiranya diberi peluang oleh mana-mana produksi. Katanya, dia mahu menggilap bakat kerana ingin dikenali sebagai anak seni versatil. 

“Saya ini orangnya ceria dan gembira. Teringin juga mencuba kalau dapat watak seperti itu, lagipun saya pernah berlakon video pendek sempena Aidilfitri yang disiarkan Suria FM,” kongsinya. 

Selain menjadi penyampai radio, Anna juga mempunyai bakat pengacaraan dan diberi tanggungjawab mengendalikan The Masked Singer Malaysia Live+ musim kedua dan ketiga bersama Izzue Islam. 

Graduan Universiti Teknologi Mara (UITM) ini juga diberi kepercayaan mengendalikan program jual beli dalam talian, Go Shop di Astro. Kariernya bermula sejak menyertai rancangan realiti, Ikon Siarawan 2016 yang disiarkan RTM. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya