Anggota ATM berpeluang sambung pengajian APEL.C di UPNM

Anggota ATM berpeluang sambung pengajian APEL.C di UPNM

MOHAMMAD Shatar Sabran (dua dari kiri) menyampaikan sijil APEL.C kepada Hasagaya di Mercu MQA, Cyberjaya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CYBERJAYA: Anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan orang awam kini berpeluang melanjutkan pengajian menerusi Pengakreditan Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu (APEL.C) di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).

Ketua Pegawai Eksekutif Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), Prof. Datuk Dr. Mohammad Shatar Sabran berkata, perkara itu dapat direalisasikan selepas UPNM menerima sijil APEL.C yang membolehkan penawaran program menerusi laluan pemindahan kredit untuk calon pelajar mengikuti pengajian di institusi pendidikan tinggi (IPT) berdasarkan pengalaman lampau.

Beliau berkata, penawaran itu akan memperluas akses dalam kalangan orang awam dan anggota ATM untuk meningkatkan kelayakan akademik masing-masing.

“Kami berharap program ini memberi kelegaan kepada mereka yang tidak berpeluang untuk melanjutkan pelajaran atas sebab tertentu seperti kekangan masa atau kewangan.

“Dengan adanya APEL.C, calon pelajar dapat mengurangkan tempoh pengajian selain dapat penjimatan kredit.

“Justeru, diharap warga ATM dan masyarakat umum merebut peluang keemasan itu untuk meningkatkan kelayakan akademik masing-masing,” katanya selepas menyampaikan sijil APEL.C kepada Naib Canselor UPNM, Lt. Jen Datuk Hasagaya Abdullah, di Mercu MQA di sini, hari ini.

Mohammad Shatar berkata, usaha UPNM ini selaras dengan inisiatif pendidikan fleksibel yang sering diuar-uarkan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), selain menyemarakkan lagi agenda pembelajaran sepanjang hayat (PSH).

Sementara itu, Hasagaya berkata, pihaknya berharap UPNM akan menjadi universiti pilihan buat warga ATM khasnya dan masyarakat umum amnya untuk melanjutkan pengajian terutama program yang menjadi kebitaraan universiti itu.

Katanya, sebelum ini, UPNM sebelum ini sudah mempunyai sijil APEL.A (akses kemasukan ke institusi pendidikan tinggi). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya