Anastasiia-Yu Yun juara acara beregu - Utusan Malaysia

Anastasiia-Yu Yun juara acara beregu

LI Yu Yun (kiri) dan Anastasiia Poplavska muncul juara acara beregu Kejohanan Tenis Sanctband ITF World Tenis di Ipoh hari ini. - UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Gandingan Li Yu-Yun-Poplavska Anastasiia muncul juara acara beregu Kejohanan Tenis Sanctband ITF World Tenis Tour di Arena Tenis Perak di sini hari ini.

Gandingan Taiwan-Ukraine itu menewaskan Feng Shuo-Guo Hanyu dari China 7-5, 6-2.

Selaku juara, Yu-Yun dan Anastasiia berkongsi hadiah wang tunai RM5,880 manakala Feng-Guo berkongsi RM2,060.

Kejayaan itu juga meletakkan pasangan itu pada kedudukan baik bagi menghadapi pusingan kedua di Kuala Lumpur mulai Isnin ini.

Sementara itu pilihan utama, Lanlana Tararudee akan bertemu Jaeda Daniel dalam perlawanan akhir perseorangan.

Pemain Thailand itu mara ke final selepas mengenepikan cabaran Ayumi Koshiishi dari Jepun.

Lanlana menang set pertama 6-4 tetapi Koshiishi memperbaiki persembahan pada set kedua.

Namun kesungguhannya itu belum cukup untuk menghalang Lanlana menang 7-5.

Sementara Jaeda meneruskan kecemerlangan apabila menjinakkan pilihan ketiga, Chanta Anchisa dari Thailand.

Tumpas 3-6 pada set pertama, pemain dari Australia itu bangkit dengan kemenangan 6-2 dan 7-5 di set kedua dan ketiga. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya