Anak sering mengadu haus hidap ketumbuhan otak

Anak sering mengadu haus hidap ketumbuhan otak

MARZILAH Mahat (kiri) ketika menerima kunjungan Choo Ken Hwa (dua dari kiri) dan Mohd. Isam (tiga dari kiri) di Taman Pinggiran Felda Sungai Kelamah, Gemas, Tampin, kelmarin. - FOTO/NOR AINNA HAMZAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAMPIN: Seorang ibu tidak menyangka, anaknya yang sering mengadu dahaga sejak setahun lalu merupakan tanda anaknya itu menghidap ketumbuhan otak.

Marzilah Mahat, 46, berkata, dia mula menyedari terdapat perubahan terhadap anak bongsunya, Muhammad Syahmi Samsulbahrey Bahtiyar, 15, apabila anaknya itu hanya mahukan air suam dan tiada selera makan.

Bagaimanapun, pada penghujung tahun lalu, dia terkejut apabila anaknya itu tiba-tiba menggeletar lantas segera membawa anaknya ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) di Kuala Pilah bagi mendapatkan rawatan lanjut.

“Sebaik mendapatkan rawatan dan menjalani pemeriksaan imbasan tomografi berkomputer (CT Scan) di hospital, anaknya disahkan menghidap ketumbuhan otak. Ketumbuhannya sudah sebesar lima sentimeter.

“Disebabkan ketumbuhan itu juga, air sudah berlebihan di otak anak. Satu tebukan perlu dilakukan di kepala bagi memasang tiub mengeluarkan air berkenaan,” katanya ketika ditemui sempena Program Gerak Rahmah Jom Sihat Peringkat Kebangsaan di Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Pinggiran Felda Sungai Kelamah, di sini kelmarin.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Perpaduan, Penerangan dan Integrasi Nasional Negeri Sembilan, Choo Ken Hwa, Ahli Parlimen Tampin merangkap ADUN Gemencheh, Datuk Mohd Isam Mohd Isa dan Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN), Datuk Norison Ramli.

Pada program berkenaan, Ken Hwa menyampaikan bantuan kepada Marzilah.

Ujar Marzilah lagi, pada awal anaknya itu tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda seperti kerap sakit kepala, pening, muntah-muntah atau terdapat benjolan di bahagian kepala malah anaknya itu juga sentiasa aktif.

“Setiap hari sekurang-kuranganya satu tin susu khas bersaiz kecil dengan harga RM30 diperlukan memandangkan anak saya masih belum boleh makan makanan lain.

“Selain itu, anak saya juga memakai lampin pakai buang dan kami memerlukan sekurang-kurangnya RM1,000 sebulan bagi memenuhi keperluannya itu, katanya.

Menurutnya, suaminya pula hanya bekerja sebagai penoreh getah justeru dia berasa lega apabila beberapa pihak tampil menghulurkan bantuan bagi meringkan bebannya.

“Bulan depan, bantuan bulanan dari pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM500 sebulan akan diperoleh, memang lega sedikit apabila memperoleh bantuan ini,” katanya lagi.

Mana-mana pihak yang ingin menghulurkan bantuan kepada keluarga ini boleh menyalurkannya ke akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) 0540041000104718 di atas nama Marzilah Mahat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya