‘Alhamdulillah, Ainul sudah tidak pakai tiub pernafasan’

‘Alhamdulillah, Ainul sudah tidak pakai tiub pernafasan’

AHMAD Safiuddin Ahmad Razak bersama Ainul Mardhiah. - FB AHMAD SAFIUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tiada apa yang boleh digambarkan melainkan ucapan syukur Alhamdulillah terhadap perkembangan positif Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin yang sebelum ini pernah dikesan menghidap kanser Germ Cell Tumor, apabila sudah tidak lagi memakai tiub pernafasan.

Perkara diceritakan bapanya, Ahmad Safiuddin Ahmad Razak, 28, yang tidak menyangka dapat melihat anak disayangi sudah tidak memakai tiub pernafasan sekali gus menjadi satu berita menggembirakan buat dirinya dan isteri, Nurul Erwani Zaidi, 28.

“Macam ini rupanya anak walid bila tak ada tiub di leher. Alhamdulillah,” kongsi lelaki itu menerusi satu hantaran Facebook miliknya.

Bagaimanapun katanya, Ainul Mardhiah masih perlu berada dalam pemantauan dan pada Isnin ini perlu melalui beberapa prosedur untuk memastikan tiub boleh dicabut atau sebaliknya.

“Tapi buat masa ini, sudah sembilan jam Ainul tanpa trachy. Malam ini walid overtime (kerja lebih masa) tak tidurlah duk sebelah Ainul tengok Ainul okey tak okey,” luah beliau.

Kisah penderitaan Ainul Mardhiah mendapat perhatian ramai pihak termasuk Dr. Nur Amalina Che Bakri yang membantu menjalankan pembedahan di London, United Kingdom (UK), bagi membuang tumor seberat 200 gram daripada mulutnya ketika kanak-kanak itu berusia sembilan bulan pada Jun 2019.

Namun pada tahun lalu, kesihatan kanak-kanak itu dilaporkan berada dalam keadaan kritikal dan agak tenat kerana komplikasi kesihatan, tetapi kembali pulih tidak lama kemudian. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya