PETALING JAYA: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berangkat ke Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE) untuk lawatan khas selama tujuh hari bermula semalam.
Menurut Istana Negara, Seri Paduka selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Abu Dhabi pada kira-kira pukul 3.15 petang waktu tempatan (7.15 petang waktu Malaysia).
Jelas Istana Negara, keberangkatan tiba Al-Sultan Abdullah disambut Pengerusi Chairman of Abu Dhabi Crown Prince’s Court, Sheikh Hamed Zayed Al-Nahyan dan Duta Besar Malaysia ke UAE, Datuk Seri Ahmad Fadil Shamsuddin. – UTUSAN