Akibat mengejek, sekumpulan remaja bergaduh ditahan

Akibat mengejek, sekumpulan remaja bergaduh ditahan

FAKHRUDIN ABDUL HAMID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Dua kumpulan remaja bergaduh kerana ejek-mengejek antara satu sama lain dalam dua kejadian di taman perumahan awam dan kawasan parkir sebuah pasar raya di Ara Damansara di sini, kelmarin. 

Kejadian pada jam 11 malam itu menyebabkan ada diantara mereka cedera ringan akibat pergaduhan berkenaan. 

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian merusuh itu pada pada 11.24 malam. 

TANGKAP layar menunjukkan pergaduhan membabitkan sekumpulan remaja di sebuah pasar raya di Ara Damasara, Petaling Jaya, kelmarin

“Susulan maklumat itu, sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya berjaya menahan tiga remaja berusia 14 hingga 16 tahun di sekitar kawasan berkenaan kira-kira pukul 1.10 pagi. 

“Siasatan awal mendapati dua kejadian berkenaan dipercayai berpunca dari cemuhan dan mempersendakan antara dua kumpulan tersebut,”katanya dalam kenyataan hari ini. 

Menurutnya, kejadian itu turut dirakam kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan parkir pasar raya berkenaan. 

“Tiga remaja yang ditahan itu kini direman selama empat hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan. 

“Orang ramai dinasihatkan mematuhi undang-undang dan tidak melakukan sebarang perbuatan jenayah,”katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya