Presiden MAA Aishah Ahmad meninggal dunia di Jeddah

Presiden MAA Aishah Ahmad meninggal dunia di Jeddah

Aishah meninggal dunia
Allahyarhamah Aishah Ahmad
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Presiden Persatuan Automatif Malaysia (MAA), Datuk Aishah Ahmad, 71, dilaporkan meninggal dunia di Jeddah, Arab Saudi semalam.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh Pengarah Urusan Kumpulan DRB-HICOM, Datuk Seri Syed Faisal Albar dalam kenyataannya memaklumkan, pemergian allahyarhamah merupakan satu kehilangan besar kepada industri dan seluruh masyarakat.

“Kehilangan Aishah amat sukar diganti dan legasi allahyarham mencerminkan impak segala usaha yang dilaksanakannya di dalam industri automotif yang sangat dicintai.

“Kepimpinan, visi dan dedikasi beliau menguruskan persatuan itu telah memberi impak berkekalan kepada industri dan beliau akan dikenang sebagai pemimpin yang tidak mengenal erti penat lelah demi perkembangan dan pembangunan sektor automotif di Malaysia,” katanya, hari ini.

Terdahulu allahyarhamah adalah Ketua Hal Ehwal Korporat Sime Darby Motors dan Ketua Pegawai Eksekutif Sime Darby Auto Imports Sdn. Bhd. dan pernah memegang jawatan Perunding Kanan di Hyundai-Sime Darby Motors.

Aishah juga menjadi Presiden MAA sejak tahun 2000. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya