Ahmad Mua'adzam umum tanding Ketua UMNO Shah Alam - Utusan Malaysia

Ahmad Mua’adzam umum tanding Ketua UMNO Shah Alam

UMNO Shah Alam
AHMAD MUAD'ADZAM SHAH YA’AKOP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Ketua UMNO Cawangan Taman Kampung Kuantan, Datuk Ahmad Mua’adzam Shah Ya’akop menawarkan diri untuk bertanding jawatan Ketua UMNO Bahagian Shah Alam pada pemilihan bulan depan.

Beliau yang juga bekas Ketua Pemuda UMNO bahagian itu berkata, objektif utamanya mahu memastikan kebangkitan dan meyakinkan rakyat supaya kembali kepada parti dan Barisan Nasional (BN).

Menurut Ahmad Mua’adzam, beliau akan menggembleng segala usaha dan gerak kerja sepadu dengan berbekalkan idea, semangat juang dan pengalaman yang ada.

“Saya percaya hubungan baik dengan akar umbi turut dapat membawa jentera berusaha mencapai kemenangan pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) kelak.

“Dengan rendah diri dan penuh tawaduk, saya menawarkan diri untuk bertanding jawatan utama UMNO Shah Alam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya, beliau bersedia menggalas amanah besar itu dan merayu sokongan serta undi daripada semua pihak.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan penyandang jawatan tersebut, Datuk Azhari Shaari berdepan hukuman penjara lima tahun atas enam pertuduhan menyeleweng dana program ibadah korban berjumlah RM440,000 dan penggunaan dokumen palsu di Mahkamah Sesyen Shah Alam.

Namun, beliau mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan ke atasnya di hadapan Hakim Rozilah Saleh.

Berdasarkan pertuduhan, Azhari, 53, didakwa sebagai penanda tangan tunggal bagi tiga persatuan secara tidak jujur menyalahgunakan dana bagi program ibadah korban dan sumbangan persekolahan anak yatim. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN