Ahmad Amzad gagal batalkan petisyen keputusan PRU15 Parlimen Kuala Terengganu - Utusan Malaysia

Ahmad Amzad gagal batalkan petisyen keputusan PRU15 Parlimen Kuala Terengganu

AHMAD AMZAD HASHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Mahkamah Pilihan Raya Negeri Terengganu hari ini menolak permohonan responden, calon Perikatan Nasional (PN) Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Ahmad Amzad Hashim untuk membatalkan petisyen keputusan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) bagi Parlimen tersebut.

Setiausaha Lujnah Undang-Undang dan Hak Asasi (Luham) Pas Pusat, Ahmad Lufti Awang dalam kenyataan hari ini berkata, Hakim Datuk Seri Mohd. Firuz Jaffril memutuskan untuk menolak lima alasan bantahan awal yang dikemukakan oleh peguambela responden tanpa perintah kos.

Menurutnya, Mohd. Firuz membuat keputusan itu selepas mempertimbang hujahan yang dikemukakan pihak responden dan pempetisyen calon Barisan Nasional (BN) Terengganu, Datuk Zubir Embong pada 30 Januari lalu dan melalui hujahan bertulis yang difailkan selepas itu.

“Justeru petisyen pilihan raya bagi Bahagian Pilihan Raya P.036 telah ditetapkan untuk perbicaraan penuh selama 20 hari.

“Perbicaraan itu bermula dari 3 April hingga 1 Jun mengikut tarikh-tarikh yang ditetapkan,” katanya.

Ahmad Lufti memberitahu, responden bagi petisyen tersebut diwakili peguambela Saifuddin Othman, Mohd. Nasir Embong, Azrul Rizal dan Wan Rohimi  Wan Daud.

Pada PRU15, Ahmad Amzad memenangi Parlimen Kuala Terengganu selepas mendapat 63,016 undi mengalahkan Zubir yang memperoleh 22,109 undi dan calon-calon lain iaitu calon Pakatan Harapan (PH), Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad (10,986 undi) dan calon Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Mohamad Abu Bakar Muda (481 undi).

Sementara itu pada 12 Februari lalu, Mahkamah Pilihan Raya Negeri juga menolak permohonan responden, calon PN Parlimen Marang, Tan Sri Abdul Hadi Awang untuk membatalkan petisyen PRU15 bagi Parlimen itu.

Pada hari yang sama, mahkamah tersebut mengisytiharkan keputusan pemilihan Ahli Parlimen Kemaman pada PRU15 lalu sah selepas bersetuju dengan bantahan petisyen keputusan bagi Parlimen tersebut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya