Ahli Parlimen bertegang urat, bahas 10 minit tidak cukup 

Ahli Parlimen bertegang urat, bahas 10 minit tidak cukup 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Perbahasan usul Menjunjung Kasih Titah Yang di-Pertuan Agong ahli-ahli Dewan Rakyat tertangguh seketika apabila pembangkang tidak bersetuju dengan tempoh masa 10 minit yang diberi untuk berbahas kerana disifatkan terlalu singkat. 

Ia selepas Datuk Seri Johari Abdul Ghani (BN-Titiwangsa) selesai membentang usul Menjunjung Kasih Titah Yang di-Pertuan Agong selama 75 minit, manakala ahli-ahli Parlimen dibenar berbahas mengikut tempoh masa yang diberi. 

Bagaimanapun, Datuk Seri Shahidan Kassim (PN-Arau) terus bangun dan membantah masa 10 minit yang diberikan oleh Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Alice Lau Kiong Yieng. 

Shahidan: “Yang Berhormat, saya protes 10 minit. Kalau betul-betul nak bagi lima minit sudah cukup,” katanya dalam nada sindiran. 

Datuk Seri Jalaluddin Alias (BN-Jelebu) kemudian bangkit menyokong bantahan itu dan mencadang sekurang-kurangnya 15 minit tempoh masa yang sesuai untuk ahli Parlimen berbahas. 

Jalaluddin: Saya bukannya nak sokong Arau, tetapi, 10 minit tidak boleh buat banyak perkara. Sekurang-kurangnya 15 minit, pastinya tiada masa tambahan akan diambil Yang Berhormat nanti. Kalau 10 minit, ramai akan langgar batasan. 

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee (PN-Beluran): Sebenarnya, kita boleh urus (masa) dengan baik. Kami semua diberi 10 minit tidak membayangkan kualiti Parlimen yang baik. 15 minit will be (akan menjadi). Speaker cuma uruskan masa 15 minit sahaja. 

Kiong Yieng kemudian mencelah dan menyorot pengalaman berbahas pada penggal sebelum ini yang mana beliau diberi masa lebih singkat kurang daripada 10 minit. 

“Saya sendiri pernah dapat tiga minit daripada Beluran dahulu,” katanya sambil tersenyum. 

Keadaan tegang di Dewan Rakyat bertukar menjadi sesi gelak ketawa ahli-ahli Dewan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN