Agong seru rakyat Malaysia doa keselamatan rakyat di Turkiye

Agong seru rakyat Malaysia doa keselamatan rakyat di Turkiye dan Syria

AL-SULTAN ABDULLAH Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah (kanan) bercemar duli menyantuni mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS), di Taman Guru di Kuantan, Pahang. - FOTO/SHAIKH AHMAD RAZIF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menyeru rakyat Malaysia dapat bersama-sama mendoakan keselamatan rakyat di negara Turkiye dan Syria yang berdepan kejadian gempa bumi.

Baginda turut menzahirkan rasa simpati dengan kejadian yang berlaku itu, Isnin lalu.

“Agak sesuatu yang malang bagi rakyat di sana dan saya harap kita bersama-sama berdoa dan melakukan sembahyang hajat agar Allah dapat memberikan sedikit rahmah kepada mereka yang kehilangan nyawa.

“Kita di sini perlu bersyukur dan harus terus bersabar kerana hanya hadapi banjir tahun demi tahun.

“Namun bergitu kita amat bersedih dengan kejadian yang berlaku di Turkiye dan Syria itu,” titah baginda ketika ditemui pemberita selepas mencemar duli melawat pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Agama Rakyat Ubudiah, dekat Taman Guru, di sini, hari ini.

Turut hadir Setiausaha Kerajaan Pahang, Datuk Seri Dr Sallehuddin Ishak.

Gempa bumi dilaporkan berlaku di Turkiye dan Syria pada 7.8 pada skala Richter dengan kedalaman 18 kilometer.

Seramai lebih 7,000 mangsa telah terkorban dan beribu-ribu bangunan dilaporkan runtuh dari bandar Syria Aleppo dan Hama ke Diyarbakir Turkiye, lebih 330 kilometer ke timur laut.

Dalam pada itu, Al-Sultan Abdullah turut bertitah agar penduduk yang terjejas banjir di negeri ini dapat pulang ke rumah masing-masing dalam tempoh terdekat.

Baginda bertitah keadaan cuaca sudah bertambah baik sejak semalam dan diharap akan berterusan serta keadaan banjir dapat pulih sepenuhnya.

“Saya harap cuaca akan bertambah baik dan mudah-mudahannya semua penduduk yang terpaksa pindah boleh pulang ke rumah semula,” titah baginda.-utusan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya