ABM, CIDB Tech lahir 405,833 pekerja mahir binaan - Utusan Malaysia

ABM, CIDB Tech lahir 405,833 pekerja mahir binaan

ABDUL Rahman Mohamad (empat, kiri) menyampaikan Anugerah TVET Pembinaan kepada Hafizatul Najmi Pijat (lima, kanan) pada Majlis Graduasi Akademi Binaan Malaysia dan CIDB Tech Wilayah Timur di ABM Wilayah Timur, Hulu Terengganu, hari ini. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU TERENGGANU: Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) menerusi Akademi Binaan Malaysia (ABM) dan CIDB Technologies Sdn. Bhd. (CIDB Tech) berjaya melahirkan seramai 405, 833 pekerja mahir binaan sejak tahun 2001 sehingga 31 Disember tahun lalu. 

Timbalan Menteri Kerja Raya,  Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata, daripada jumlah itu, program belia melahirkan seramai 127,713 orang manakala  bagi program personel binaan pula  seramai 278,120 orang.

Menurutnya, tenaga kerja pakar dilahirkan itu dalam pelbagai kursus berimpak tinggi bertepatan dengan kehendak pasaran sekali gus memenuhi kelayakan diperlukan industri pembinaan tempatan serta luar negara.

“ABM serta CIDB Tech adalah pusat latihan di bawah kendalian CIDB Malaysia yang beri peluang kepada belia  dan personel binaan dalami kemahiran dalam industri binaan. Kerajaan juga inginkan lebih ramai melibatkan diri dalam Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET),” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Graduasi Ke-9 ABM dan CIDB Tech Wilayah Timur di ABM Wilayah Timur, di sini, hari ini.

Pada majlis itu,  seramai 142 pelatih ABM  menerima sijil tamat latihan Sijil Kompetensi Kemahiran Pembinaan (SKKP) CIDB.

Abdul Rahman memberitahu, bidang kemahiran di sektor minyak dan gas merupakan antara peluang pekerjaan menawarkan pendapatan tinggi kepada pelatih di ABM.

Katanya,  sehingga Disember 2022, lebih 18,518 pekerja mahir dalam bidang sektor minyak dan gas telah berjaya dilahirkan.

Tambahnya, beliau turut berharap mereka yang mendapat keputusan kurang cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia agar tidak kecewa sebaliknya boleh ceburi bidang TVET yang menjanjikan pendapatan lumayan. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya