AAGBS UiTM tawar graduan pascasiswazah berintegriti - Utusan Malaysia

AAGBS UiTM tawar graduan pascasiswazah berintegriti

Berintegriti
SYED JAMAL ABDUL NASIR SYED MOHAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Kemampuan teknologi hari ini menuntut lebih ramai individu yang bukan sahaja berkemahiran tinggi, bahkan mempunyai sikap berintegriti untuk menjadi pemimpin dalam pelbagai peringkat dalam perusahaan atau perniagaan.

Menurut Dekan Arshad Ayub Graduate Business School (AAGBS) Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof. Dr. Syed Jamal Abdul Nasir Syed Mohamad, kualiti akademik di pusat pengajiannya sentiasa disemak bagi memastikan mahasiswa peringkat pasca siswazah menepati ciri-ciri tersebut.

“Program kami sentiasa disemak pensyarah berpengalaman kami, dan AAGBS memastikan kurikulum akademik setiap kursus sentiasa relevan dengan keperluan pasaran. 

“Di samping itu, dalam usaha melahirkan graduan bisnes berintegriti, AAGBS komited menyokong gagasan Malaysia Madani yang menjadi falsafah nasional dan visi kerajaan yang mengutamakan nilai kasih sayang, saling hormat menghormati, inovasi, kepercayaan, inklusiviti, dan kesamarataan,” katanya ketika ditemui pada Hari Terbuka AAGBS 2023, hari ini.

Tambah beliau, dengan mengikuti pengajian di peringkat Sarjana di AAGBS, pelajar boleh mendapatkan maklumat terkini mengenai dasar baharu, standard, dan garis panduan lain yang  diterbitkan oleh Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti untuk mengawal operasi industri dan melakukan perniagaan.

“Di AAGBS, kursus Analisis Perniagaan yang ditawarkan akan memberi manfaat kepada mahasiswa di tempat kerja yang kini fokus pada pengurusan data besar. Dengan ini, pelajar boleh menguasai teknologi dan analisis data serta mempunyai kelebihan yang ketara untuk masuk ke pasaran buruh global yang sangat kompetitif,” katanya.

Selain tawaran yuran yang berpatutan, AAGBS turut memiliki pengiktirafan kebangsaan dan antarabangsa seperti Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan The Alliance on Business Education and Scholarship for Tomorrow (ABEST21).

“AAGBS juga dalam proses memperoleh pengiktirafan antarabangsa yang lain yang dikenali sebagai Persatuan Menyokong Sekolah-Sekolah Kolej dan Universiti Perniagaan (AACSB).

“Pelajar boleh melengkapkan ijazah pasca-sarjana mereka dengan program pertukaran luar negara di universiti rakan kami di seluruh dunia seperti Universiti Yamaguchi, Jepun dan Universiti Woosong, Korea Selatan, memperoleh ijazah berganda daripada Universiti Stuttgart of Applied Sciences Jerman atau diselia secara bersama oleh ahli akademik universiti tempatan dan antarabangsa,”jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya