57 peratus sasaran rumah mampu milik di Pulau Pinang dicapai setakat ini - Utusan Malaysia

57 peratus sasaran rumah mampu milik di Pulau Pinang dicapai setakat ini

JAGDEEP Singh Deo (dua dari kiri) ketika melawat tapak projek RMM C Ideal Residency di Bukit Gambir, Gelugor, Pulau Pinang hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

GEORGE TOWN: Sebanyak 142,647 unit atau 57 peratus daripada sasaran 250,000 unit rumah mampu milik untuk dibina di Pulau Pinang berjaya dicapai kerajaan negeri setakat ini.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Perancangan Bandar dan Desa negeri, Jagdeep Singh Deo berkata, ini membuktikan kerajaan negeri sangat komited dalam membantu rakyat khususnya berkaitan isu perumahan.

“Sebenarnya, sasaran asal yang ditetapkan ialah sebanyak 220,000 unit sahaja. Bagaimanapun, saya pohon sasaran itu dinaikkan kepada 250,000 dan sehingga kini, 57 peratus daripadanya telah tercapai (siap).

“Saya juga meminta Kerajaan Pusat untuk bantu kita (Pulau Pinang) dari segi dana (berkaitan perumahan) yang disalurkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang akhbar ketika lawatan ke tapak projek Rumah Mampu Milik (RMM) C Ideal Residency oleh Ideal Property Group di Bukit Gambir, Gelugor, di sini hari ini.

Turut serta dalam sesi lawatan itu ialah Ketua Pegawai Operasi Ideal Property Group, Datuk Goh Teng Whoo dan Ketua Pegawai Operasi Lembaga Perumahan Negeri Pulau Pinang (LPNPP), Mohd. Fauzy Mohd. Yusoff.

Sementara itu, Mohd. Fauzy memberitahu, sebanyak 95 peratus atau 1,188 daripada 1,218 unit RMM C Ideal Residency telah ditempah setakat ini.

Katanya, ini menunjukkan terdapat permintaan yang tinggi terhadap projek tersebut dan pihaknya akan berusaha untuk memastikan kesemua unit itu habis dijual. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya