516 juta liter air dilepas larut amonia di Sungai Selangor - Utusan Malaysia

516 juta liter air dilepas larut amonia di Sungai Selangor

Sungai Selangor amonia
PELEPASAN sebanyak 516 juta liter air mentah pada kadar aliran 500 juta liter sejam dilepaskan ke dari kolam tadahan SJAM HORAS 600 bagi melarut bahan pencemar amonia yang dikesan Air Selangor di Sungai Selangor, Selangor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA SELANGOR: Sebanyak 516 juta liter air mentah dari kolam tadahan Skim Jaminan Air Mentah (SJAM) dekat Sungai Selangor dilepas bagi melarutkan bahan pencemar, amonia yang dikesan di sungai berkenaan pada 2 Februari lalu.

Pencemaran amonia itu dikesan Syarikat Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) kira-kira pukul 7 pagi pada Khamis apabila berlaku peningkatan bahan tersebut di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa (SSP) 1, 2 dan 3.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor, Izham Hashim berkata, susulan pengesanan, Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) mengaktifkan Kod Kuning berdasarkan Manual Kecemasan Pencemaran Air yang berpotensi menyebabkan henti tugas LRA.

“SJAM segera diaktifkan melalui pengepaman air mentah alternatif ke Sungai Selangor dari kolam Sistem Takungan Air Pingiran Sungai (HORAS) 600, sebanyak 500 juta liter sejam (JLH) dengan jarak 2 kilometer (km) dan sejam perjalanan aliran ke muka sauk LRA.

“Ini diikuti dengan penyaluran air kolam alternatif KL Larut sebanyak 384 JLH secara graviti dengan jarak 3km dan satu setengah jam perjalanan aliran. Pengepaman air mentah alternatif ini adalah bertujuan untuk meningkatkan kadar pencairan sungai dan mengekang kepekatan amonia,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan Air Selangor dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) Selangor turut membuat pemantauan serta mengambil sampel air di beberapa lokasi termasuk Sungai Air Hitam, Sungai Nyamuk dan Sungai Tinggi.

“Pemantauan dan pensampelan LUAS mendapati keadaan sungai-sungai yang terlibat adalah  dalam keadaan yang baik dan bacaan amonia menurun serta terkawal. Air Selangor juga memaklumkan tiada gangguan terhadap operasi LRA dan terkawal.

“Pintu baraj di LRA juga telah diturunkan oleh pihak Air Selangor bagi mempercepatkan aliran tercemar mengalir melepasi muka sauk LRA,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya