4 anjing unit K9 bomba dihantar ke Turkiye

4 anjing unit K9 bomba dihantar ke Turkiye

ZAMBRY Abdul Kadir bersalaman dengan sebahagian anggota SMART yang berlepas malam ni ke Turkiye di KLIA. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Sebanyak dua ekor anjing terlatih dari Unit K9 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) akan dihantar ke Turkiye untuk misi menyelamat mangsa gempa bumi.

Haiwan tersebut akan menyertai Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (Smart) yang mula dihantar ke negara berkenaan lewat malam ini untuk tinjauan penilaian situasi, dengan keseluruhan empat ekor anjing bakal terlibat dalam misi itu.

Menurut Komander Pasukan Smart, Penguasa Kanan Bomba Mohd. Khairul Jamil, dari segi tugas, pihaknya lebih fokus kepada operasi mencari dan menyelamat (SAR) dalam urban dengan banyak peralatan dibawa dalam misi jenis sedemikian.

Terdahulu, beliau bersama  74 anggota Smart tiba di terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini sebelum berlepas pukul 12 tengah malam ini yang turut diraikan Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas Khas), Datuk Armizan Mohd. Ali.

Turut hadir bersama ialah Duta Besar Turkiye ke Malaysia, Emir Salim Yuksel serta Setiausaha Politik Kanan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd. Akin.

Mengulas lanjut, Mohd. Khairul berkata, setakat ini pihak Smart akan mendengar taklimat sejurus tiba di Gazientep, lokasi paling hampir dengan pusat gegaran bencana tersebut.

“Kami tidak pasti akan dihantar ke wilayah yang mana kerana difahamkan ada 10 wilayah paling terjejas teruk dan pihak Turkiye akan buat proses penilaian,” katanya.

Hari ini dunia gempar apabila gempa berukuran 7.8 skala Magnitud melanda barat bandar raya Gaziantep dekat sempadan Syria pada pukul 4.17 pagi (9.17 pagi waktu Malaysia) manakala gegaran kedua tertinggi dalam sejarah Turkiye selepas 1939 yang berkekuatan 7.9 skala Magnitud itu, turut mengakibatkan ancaman tsunami kecil di perairan negara jiran, Cyprus. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya