25 pelajar UniSZA terima dermasiswa Maybank

25 pelajar UniSZA terima dermasiswa Maybank

DR. FADZLI Adam (kanan) dan Ahmad Farid Qoureshmi Md. Daud (dua dari kanan) beramah mesra dengan sebahagian pelajar yang menerima sumbangan dermasiswa Maybank di UniSZA, Kuala Nerus, Terengganu, hari ini. - FOTO/KAMALIZA KAMARUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Seramai 25 pelajar Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) menerima dermasiswa berjumlah RM150,000 daripada Malaysia Banking Bhd. (Maybank) di sini, hari ini.

Dermasiswa Maybank itu bertujuan menyantuni pelajar asnaf fakir, asnaf miskin, anak yatim piatu, keluarga B40 dan keluarga bermasalah yang tidak mampu menanggung kos pengajian dan sara hidup terutama di UniSZA.

Naib Canselor UniSZA, Prof. Dr. Fadzli Adam berkata, pihak berbesar hati dengan sumbangan tersebut iaitu RM6,000 seorang yang merangkumi bantuan yuran pengajian, yuran kolej kediaman dan sara hidup selama dua semester.

“Pelajar yang menerima dermasiswa ini akan dipantau oleh pihak UniSZA, dengan menyediakan program pembangunan akademik dan sahsiah supaya graduan yang dilahirkan seimbang dan holistik.

“UniSZA juga adalah universiti pertama yang menerima bantuan dermasiswa dari Maybank,” katanya ketika ditemui pada Majlis Penyerahan Dermasiswa Maybank@UniSZA di sini, hari ini.

Turut hadir Pengarah Maybank Pantai Timur, Ahmad Farid Qoureshmi Md. Daud.

Sementara itu, seorang pelajar Ijazah Sarjana Muda (ISM) Perhubungan Antarabangsa UniSZA, Amir Farhan Nordin, 22, berkata, sumbangan itu besar nilai buat dirinya dalam meneruskan pengajian ke peringkat ijazah sarjana muda di UniSZA.

“Saya sangat bersyukur dan gembira atas sumbangan Maybank dan terima kasih juga pada UniSZA kerana memilih saya sebagai salah seorang penerima dermasiswa ini,” katanya. 

Seorang lagi pelajar ISM Bahasa Inggeris Komunikasi, Nur Irdina Nakifla, 21, turut berterima kasih atas sumbangan yang diberikan dan menyifatkan ia benar-benar membantu golongan sepertinya dalam menampung keperluan dan menyara hidup di kampus.

“Saya daripada keluarga yang susah, ayah saya hanyalah seorang nelayan, jadi dengan dermasiswa ini dapat saya guna sebaiknya bagi kegunaan sepanjang pengajian di UniSZA,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya