15 motosikal hangus terbakar di parkir flat - Utusan Malaysia

15 motosikal hangus terbakar di parkir flat

KEADAAN kebakaran yang memusnahkan sebanyak 15 buah motosikal dalam kejadian di Flat Tuna D4, Jalan Seberang Jaya, Pulau Pinang awal pagi tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUTTERWORTH: Sebanyak 15 buah motosikal musnah dalam kebakaran di kawasan parkir Flat Tuna D4, Jalan Seberang Jaya, dekat sini dalam kejadian awal pagi tadi.

Jurucakap Pasukan Bomba dan Penyelamat Malaysia (PBPM) negeri berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu pukul 5.11 pagi sebelum bergegas ke lokasi kejadian.

Menurutnya, sebaik sahaja tiba, didapati kebakaran itu melibatkan 15 buah yang diletakkan di kawasan parkir flat berkenaan yang mana sebanyak sembilan buah motosikal terbakar 95 peratus manakala enam buah lagi terbakar 50 peratus.

“Kebakaran turut melibatkan sebuah stor penyimpanan peralatan sembahyang yang dibina berasingan (kelas C) berkeluasan enam kali tiga meter persegi dengan peratusan kemusnahan sebanyak 80 peratus,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Ujarnya, kebakaran dapat dikawal sepenuhnya pukul 5.40 pagi dan tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kejadian tersebut.

Sementara itu, punca kejadian dan jumlah kerugian akibat kebakaran tersebut masih dalam siasatan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN