PETALING JAYA: Sebanyak 11,369 calon telah mendaftarkan diri untuk bertanding pelbagai jawatan peringkat pusat dan 191 bahagian UMNO di seluruh negara menjelang hari terakhir pendaftaran pemilihan parti itu hari ini. Jumlah itu turut melibatkan semua sayap membabitkan Wanita, Pemuda dan Puteri dan dijangka meningkat sehingga waktu pendaftaran calon ditutup pada pukul 5 petang. Malah sebanyak 230 orang daripada 270 calon menawarkan diri sebagai calon untuk merebut jawatan peringkat Majlis Tertinggi dan ketiga-tiga sayap Wanita, Pemuda dan Puteri pada Pemilihan UMNO 2023 bulan depan, terdiri dalam kalangan muka-muka baharu. Perkembangan itu…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya