10 syarikat meterai MOA perkasa TVET

10 syarikat meterai MOA perkasa TVET

AHMAD Zahid Hamidi bercakap dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyaurat Jawatankuasa Majlis TVET Negara di Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Latihan Pendidikan Vokasional dan Teknikal (TVET) dijangka menerima ‘lonjakan’ apabila sebanyak 10 syarikat akan terlibat memperkasakan pengajian tersebut.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi malahan berkata, pemain industri itu akan memeterai memorandum perjanjian (MOA) terus dengan pihak kerajaan, antaranya syarikat petroleum nasional, Petronas dan firma automotif, DRB Hicom.

“Insya-Allah, saya jangka hasrat baik ini bakal dapat direalisasikan dalam tempoh tiga bulan akan datang agar bidang TVET di Malaysia lebih ada nilai pasaran kerja,” katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis TVET Negara yang dihadiri Menteri Sumber Manusia, V. Sivakumar, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata, majlis berkenaan turut bersetuju untuk menjadikan beberapa institusi TVET terpilih sebagai pusat latihan keusahawanan bagi para pelajarnya.

Menerusi perjanjian kerjasama awam-swasta itu ujar beliau, syarikat terbabit akan menaja pusat TVET tertentu termasuk tenaga pengajarnya dengan bidang diperlukan dunia luar sebagaimana dilaksanakan di banyak negara maju sekali gus membolehkan ramai graduan ditawarkan pekerjaan dengan syarikat berkenaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya