PETALING JAYA: Tiada angin tiada ribut, pelakon dan pelawak popular, Zizan Razak, 39, seolah-olah memberi bayangan dirinya sedang rapat dengan pengacara meningkat popular, Hawa Rizwana.
Hantaran yang dimuat naik di Facebook, sebentar tadi mengundang persoalan ramai dan spekulasi kerana Zizan selama ini memang dikenali dengan sikap suka mengusik dan berjenaka.
Pelakon yang cukup dikenali menerusi filem Abang Long Fadil memuat naik sekeping foto dirinya duduk bersebelahan Hawa yang lengkap bertelekung.
“Harap semua bertenang, nanti kami akan uar-uarkan. Kami janji,” tulisnya di media sosial itu.
Hantaran tersebut mendapat reaksi positif daripada pengikut Zizan yang rata-rata mendoakan agar mereka benar-benar berjodohan kerana kedua-duanya masih solo.
“Macam kembar Zizan, sesuai sangat. Sama cantik sama padan, semoga jodoh sampai ke Jannah,” tulis warga maya.
“Harap ada jodoh Zizan dengan Hawa. Penat dah Zizan jaga jodoh orang. Semoga ada jodoh,” kata seorang peminat.
“Sifat keibuan itu ada pada Hawa,” kata seorang lagi netizen.
Zizan bagaimanapun enggan mengulas perkara itu, sebaliknya hanya memberikan respons ‘ketawa’ selepas Utusan Malaysia melayangkan persoalan berhubung hal ini.
“Waalaikumsalam. Hahaha,” jawabnya ringkas.