YDSM nafi terlibat dalam surat tawaran urus ladang - Utusan Malaysia

YDSM nafi terlibat dalam surat tawaran urus ladang

SURAT palsu berhubung tawaran YDSM menguruskan sebuah ladang secara pajakan yang tular di media sosial sejak September lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU : Yayasan Diraja Sultan Mizan (YDSM) hari ini menafikan penglibatannya  dalam satu surat yang tular di media sosial berhubung tawaran menguruskan sebuah ladang secara pajakan bertempoh sejak September tahun lalu.

Setiausaha Kerja YDSM, Mohd. Azrul Ismail menegaskan, surat tawaran yang tular itu adalah palsu dan yayasan tersebut langsung tidak mempunyai sebarang kaitan dengan tawaran berkenaan.

“YDSM juga tidak tahu menahu serta tidak pernah terlibat dalam urusan tersebut.

“Adalah ditegaskan YDSM tidak pernah terlibat dengan sebarang aktiviti perladangan di Ladang Cahaya Ikhtiar seperti dalam surat yang tular tersebut,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Tambah Mohd. Azrul, pihak YDSM telah menyerahkan sepenuhnya perkara ini kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan selanjutnya.

Sehubungan itu, Mohd. Azrul menambah, beliau berharap semua pihak agar lebih berhati-hati dan tidak mempercayai maklumat dalam surat yang tular tersebut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya