Yayasan Petronas bantu keluarga kurang mampu - Utusan Malaysia

Yayasan Petronas bantu keluarga kurang mampu

ZUKIFLI Othman (kanan); Zakaria Taib dan Phee Boon Poh (dua dari kiri) menziarahi salah seorang penerima sumbangan Yayasan Petronas, Magarette Yion Mooi Lan yang terlantar di kediamannya di Bukit Mertajam, Pulau Pinang hari ini. - Pix: SITI NUR MAS ERAH AMRAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

BUKIT MERTAJAM: Yayasan Petronas membantu meringankan beban 150 keluarga kurang bernasib baik di negeri ini menerusi Program Sentuhan Kasih sempena perayaan Tahun Baharu Cina.

Ketua Petronas Wilayah Tengah dan Utara, Zukifli Othman berkata, keluarga yang terpilih menerima sumbangan barangan keperluan harian antaranya beras, minyak masak, gula, tepung dan pek hamper perayaan.

Secara keseluruhan, ujar beliau, seramai 2,150 keluarga di seluruh negara diraikan sempena musim perayaan itu yang mana inisiatif tersebut diharapkan dapat membantu meringankan beban mereka.

“Kita bekerjasama dengan Jabatan Kebajikan Masyakarat (JKM) yang berperanan sebagai penyelaras dan mengenal pasti keluarga yang layak untuk menerima sumbangan.

“Selain sumbangan semasa musim perayaan, bantuan khas turut kita salurkan sekiranya berlaku bencana dan JKM akan bertindak sebagai perantara dan memaklumkan jenis bantuan yang perlu disediakan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan sumbangan kepada tiga keluarga penerima bantuan tersebut di sini hari ini.

Yang hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar dan Kebajikan negeri, Phee Boon Poh dan Pengarah JKM negeri, Zakaria Taib.

Sementara itu, salah seorang penerima sumbangan, Kam Kooi Yang, 52, berkata, perayaan kali ini disambut serba sederhana kerana tanggungjawabnya tertumpu terhadap kebajikan dua ahli keluarganya yang terlantar.

Uja Kooi Yang, ibunya, Magarette Yion Mooi Lan, 78, terlantar kerana sakit tua manakala abangnya, Kam Kooi Heng, 56, lumpuh separuh badan selepas diserang angin ahmar November lalu.

“Saya tinggal bersama tujuh ahli keluarga lain dan kami bersama-sama menjaga ibu dan abang yang memerlukan perhatian.

“Tahap kesihatan abang semakin baik, namun dia masih belum boleh berjalan sendiri dan perlu pemeriksaan susulan.

“kami akan menggunakan kerusi roda atau mendapatkan perkhidmatan ambulans yang disedikan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) setiap kali pemeriksaan bulanan di hospital,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya