Wawa Zainal sukar bernafas gara-gara teh Arab

Wawa Zainal sukar bernafas gara-gara teh Arab

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon, Wawa Zainal berdepan detik cemas selepas mengalami degupan jantung luar biasa gara-gara mengambil minuman berkafein.

Kata Wawa atau nama sebenarnya, Nur Hawa Zainal Abidin, 31, keadaan itu membuatkan dia panik dan sesak nafas.

“Seminggu dua ini saya tidak boleh minum minuman berkafein kerana akan terus mengalami gastrik dan sebu.

“Semalam, ketika menikmati teh Arab yang pekat, tiba-tiba jantung berdegup laju. Saya cuba berdiri, tetapi badan dan tangan menggeletar.

“Susah nak bernafas, panik sangat. Aeril bantu tenangkan dan ajar bagaimana untuk kawal keadaan itu kerana berfikiran, saya mungkin berdepan anxiety,” kongsinya di Instagram.

Situasi tersebut membuatkan ibu empat cahaya mata itu serik dan akan cuba mengelak daripada mengambil minuman berkafein pada masa akan datang.

“Dua jam berperang dengan perasaan yang kali pertama saya alami. Janganlah datang balik. Ya Allah, tak sanggup,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN