Wartawan Pakistan hilang  diekstradisi sejak Ogos 

Wartawan Pakistan hilang  diekstradisi sejak Ogos 

SAIFUDDIN Nasution Ismail (tengah) memeriksa perbarisan kawalan kehormatan anggota Jabatan Penjara Malaysia ketika lawatan rasmi ke Ibu Pejabat Jabatan Penjara Malaysia di Kajang, hari ini. Turut sama, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah (kiri) dan Ketua Pengarah Penjara, Komisioner Jeneral Datuk Nordin Muhamad. - UTUSAN/MUHAMAD IQBAL ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAJANG: Kehilangan wartawan warga Pakistan, Syed Fawad Ali Shah terjawab apabila dia disahkan diekstradisi ke Islamabad, Pakistan sejak Ogos lalu.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, Syed Fawaz yang menetap di Malaysia sejak 10 tahun lalu dihantar pulang ke negara berkenaan selepas menerima permohonan menerusi saluran diplomatik kedua negara.

“Kerajaan Pakistan minta kita mengesan keberadaannya dan hantar dia pulang. Ini dilakukan melalui permohonan oleh kedutaan Pakistan kepada kerajaan kita pada waktu itu pada Ogos lalu.

“Bertindak atas permintaan berkenaan, kerajaan ketika itu telah kesan keberadaan Syed Fawaz dan seawal minggu ketiga bulan Ogos, dia telah dihantar pulang ke Islamabad,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Penjara Malaysia, di sini hari ini.

Kata Saifuddin, berdasarkan maklumat daripada Kerajaan Pakistan, Syed Fawaz  adalah bekas anggota polis yang mempunyai masalah disiplin dan bukannya seorang wartawan seperti yang digembar-gemburkan oleh media tempatan.

“Itu sumber versi rasmi kerajaan Pakistan. Beliau bekas anggota polis yang ada beberapa kes disiplin tetapi beliau mempunyai keupayaan untuk menulis dengan baik.

“Jadi beliau banyak menegur dan mengkritik kerajaan menerusi penulisan dan akhirnya dianggap sebagai seorang wartawan,” jelasnya.

Pada 30 Disember lalu, media melaporkan, isteri Syed Fawad  merayu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk campur tangan dalam mencari suaminya yang hilang di Malaysia sejak 23 Ogos lalu.

Wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Syeda itu berkata, ini kerana terdapat pelbagai perkara yang mencurigakan berkaitan penghantaran pulang suaminya ke negara asal.

Sebelum ini, Syed Fawad mendakwa pernah ditahan pihak berkuasa Pakistan pada 2008 kerana menulis artikel berkaitan kehilangan paksa penduduk negara itu.

Pada 2010, beliau ditahan selama 18 hari dan disoal siasat oleh pegawai dikatakan perisik Pakistan dan kemudian dibebaskan dengan amaran agar berhenti menulis tentang orang hilang serta berhenti daripada bidang kewartawanan.

Syed Fawad datang ke Malaysia pada 2011 melalui Thailand dan kemudian diberi status pelarian Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR). – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya