KUALA TERENGGANU: Kerajaan negeri Terengganu disaran segera mewartakan kawasan hutan yang mempunyai habitat bunga pakma atau nama saintifiknya Raflesia sebagai kawasan nilai pemeliharaan yang tinggi (HCVF). Aktivis alam sekitar, Suzairi Zakaria berkata, langkah itu penting dilaksanakan bagi tujuan melindungi spesies bunga terbesar di dunia tersebut serta menjadikan ia sebagai tapak penyelidikan serta pendidikan. Menurutnya, kebanyakan habitat bunga pakma ini berada di luar kawasan Taman Negara atau Taman Negeri menyebabkan habitatnya terancam dan kemusnahan populasinya boleh berlaku bila-bila masa. “Ini disumbangkan oleh beberapa faktor persekitaran termasuk pembalakan dan perladangan yang memerlukan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya