Warga emas hilang terjatuh jeti - Utusan Malaysia

Warga emas hilang terjatuh jeti

Warga emas terjatuh
ANGGOTA Maritim Malaysia dan agensi keselamatan lain meninjau tempat seorang warga emas terjatuh sebelum hilang dekat Jeti Awam Tanjung Sepat, di Kuala Langat, Selangor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LANGAT: Seorang lelaki warga emas dilaporkan hilang selepas dipercayai terjatuh ke laut di Jeti Awam Tanjung Sepat di sini, sejak kelmarin.

Kejadian pukul 11 pagi itu melibatkan mangsa, S. Muniandy, 63 yang bekerja di ladang kelapa sawit, dan operasi pencarian sedang giat dijalankan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia).

Pengarah Maritim Selangor, Kapten Maritim V. Siva Kumar berkata, perkara itu disedari anak mangsa yang menemui motosikal, pakaian dan selipar bapanya  di hujung jeti tersebut.

“Warga emas itu dilihat kali terakhir berkemeja biru muda dan berseluar pendek coklat sebelum dilaporkan hilang. Operasi mencari dan menyelamat bagi mengesan mangsa telah diaktifkan sejak malam semalam dengan mengatur gerak bot Perkasa 36.

“Pencarian disambung pukul 7 pagi tadi dengan turut dibantu Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan komuniti nelayan setempat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Siva Kumar, pihaknya turut menghantar bantuan di darat bagi pemantauan di sekitar pesisir pantai Tanjung Sepat.

“Selain itu, Pangkalan Hadapan Carilamat (PHC) ditubuhkan di Jeti Maritim Awam Tanjung Sepat. Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh menghubungi Pusat Operasi Maritim Negeri Selangor di talian 03-31760627 atau MERS 999 untuk tindakan lanjut,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya