Wanita tertekan cuba terjun Jambatan Sultan Yahya Petra

Wanita tertekan cuba terjun Jambatan Sultan Yahya Petra

ORANG ramai berusaha memujuk mangsa sementara menunggu anggota bomba tiba di Jambatan Sultan Yahya Petra, Kota Bharu, Kelantan, hari ini. - FOTO/IHSAN PEMBACA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Seorang wanita yang dipercayai tertekan akibat masalah rumah tangga membatalkan niatnya untuk terjun ke Sungai Kelantan menerusi Jambatan Sultan Yahya Petra di sini hari ini selepas sejam dipujuk anggota bomba.

Orang awam yang melalui kawasan tersebut melihat wanita berusia dalam lingkungan 30-an itu berada di tepi pagar jambatan berkenaan kira-kira pukul 2 petang tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kota Darul Naim, Ahmad Fakaruddin Berahim berkata, tujuh anggota bomba bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 2.03 petang.

Menurutnya, semasa tiba di lokasi kejadian, wanita terbabit yang dipercayai seorang  penjawat awam sedang berdiri sambil melihat ke arah sungai.

“Anggota bomba mengambil masa selama sejam untuk memujuk wanita itu dengan mengajaknya ke kawasan lain untuk berbincang.

“Wanita terbabit mengadu dia mempunyai masalah rumah tangga terus memberi kerjasama sebelum menaiki keretanya yang ditinggalkan tidak jauh dari jambatan berkenaan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia sebentar tadi.

Ahmad Fakaruddin memberitahu, selepas keadaan wanita itu dapat dikawal, anggota bomba kemudian menghubungi keluarga mangsa supaya datang mengambilnya sebelum dia dibawa pulang ke rumah keluarga.  –  UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya