Wanita kecewa roti burger dibeli berkulat - Utusan Malaysia

Wanita kecewa roti burger dibeli berkulat

ROTI burger yang didakwa berkulat dibeli Dhia Fadhila di sebuah restoran makanan segera di bandar Chukai, Kemaman, Terengganu. - UTUSAN/NIK NUR IZZATUL HAZWANI NIK ADNAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN : Seorang wanita meluahkan rasa kecewa apabila mendapati roti burger yang dibelinya di sebuah restoran makanan segera di Bandar Cukai di sini didakwa berkulat.

Wanita yang dikenali Dhia Fadhila memuat naik gambar makanan tersebut di laman sosial Facebook selepas membeli makanan tersebut kira-kira pukul 6.30 petang, semalam.

“Ambe (saya) bukan nak buka aib orang! Ambe kecewa dengan kejadian hari ning. Berasa nak makang (makan) ayam… punya pasal. Tapi ni yang ambe dapat dengan harga yang dibayar.

“Ambe dapat roti keras kejung (terlampau), berkulat, ayam tak masak, ayam berbau macam ayam lama. Kecewa rasanya,” tulisnya.

Perkongsian tersebut mendapat pelbagai reaksi netizen dan ada antara pengguna yang turut berkongsi pengalaman sama membeli ayam di premis tersebut.

“Saya dah lama boikot premis ini selepas dapat ayam yang beberapa hari punya… keras kejung (terlampau). Kentang putar pun berlendir,” tulis Nanie Erieyka. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya