Tuntung laut betina ditemukan mati terdampar di Pantai Seberang Takir - Utusan Malaysia

Tuntung laut betina ditemukan mati terdampar di Pantai Seberang Takir

KAKITANGAN Jabatan Perikanan Negeri memeriksa bangkai tuntung laut yang ditemukan mati terdampar di Pantai Seberang Takir, Kuala Nerus, Terengganu, hari ini. - UTUSAN/ TENGKU DANISH BAHRI TENGKU YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Seekor tuntung laut betina ditemukan mati terdampar di Pantai Seberang Takir di sini dipercayai akibat tersangkut pukat nelayan, hari ini.

Bangkai reptilia seberat kira-kira lima kilogram itu dijumpai penduduk kampung sebelum memaklumkan kepada Jabatan Perikanan Negeri Terengganu.

Seorang pemancing, Ahmad Darwish Ghazali, 33, berkata, bangkai yang disangka bangkai penyu itu dijumpai kira-kira 9.30 pagi.

“Pada awalnya saya ingatkan bangkai penyu kerana rupa seakan-akan sama. Namun pegawai perikanan yang datang memaklumkan ianya bangkai tuntung.

“Terdapat kesan luka pada bahagian bawah badan kaki tuntung dipercayai terperangkap dalam pukat,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Tuntung laut merupakan antara spesies reptilia terancam, selain penyu dengan 56 ekor bangkai penyu dan tuntung ditemukan di negeri ini sepanjang tahun lalu.

Bangkai tuntung berkenaan kemudian turut ditanam di kawasan pesisir pantai oleh kakitangan Jabatan Perikanan Negeri. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya