Tunku Ismail tawar Stadium Sultan Ibrahim untuk ke

Tunku Ismail tawar Stadium Sultan Ibrahim untuk kegunaan Harimau Malaya

Stadium Sultan Ibrahim sebelum ini turut menjadi venue sementara Harimau Malaya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Pemilik kelab bola sepak, Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim bersedia menawarkan Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri sebagai venue alternatif untuk kegunaan skuad Harimau Malaya.

Tunku Mahkota Johor (TMJ) itu berkata, ia bagi membolehkan pasukan kebangsaan melangsungkan perlawanan bertaraf antarabangsa.

“Setelah berbincang dengan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkenaan penyelenggaraan padang SNBJ (Stadium Nasional Bukit Jalil) bermula Mac ini, saya telah berjumpa dengan Presiden FAM (Datuk Hamidin Mohd. Amin) untuk berkongsi ‘update’ (kemas kini) dan menawarkan Stadium Sultan Ibrahim untuk digunakan Harimau Malaya sementara menunggu SNBJ siap,” katanya.

Tunku Ismail menyatakan tawaran itu dalam ciapan menerusi Twitter serta Instagram miliknya malam tadi.

Stadium Sultan Ibrahim yang terletak di Gelang Patah, Iskandar Puteri merupakan stadium rasmi JDT yang dilengkapi pelbagai kemudahan termasuk menggunakan teknologi tinggi.

Stadium yang dirasmikan pada 22 Februari 2020 dan menelan kos RM200 juta itu mampu memuatkan 40,000 penonton dalam satu masa.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya