Tunggu, saya akan jawab - Ahmad Zahid

Tunggu, saya akan jawab – Ahmad Zahid

AHMAD ZAHID HAMIDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: “Tunggu, saya akan jawab, saya akan buat satu majlis nanti.”

Demikian reaksi ringkas Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi ketika cuba diserbu petugas media semasa menghadiri Karnival Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) 2023, di Dataran Merdeka hari ini. 

Ia bagi mendapatkan reaksi Ahmad Zahid sendiri susulan pemecatan dan penggantungan keahlian beberapa nama besar dalam UMNO malam tadi. 

Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO semalam membuat keputusan memecat bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dan bekas Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar dipecat UMNO berikutan pelanggaran disiplin sewaktu Pilihan Ray Umum Ke-15 (PRU15).

Selain itu, beberapa pemimpin lain turut digantung selama enam tahun termasuklah ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, bekas Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan, bekas Ahli Parlimen Jempol Datuk Salim Mohd Sharif dan Ketua Bahagian Tebrau, Datuk Maulizan Bujang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya