Tunggu penjelasan nanti - Ahmad Zahid

Tunggu penjelasan nanti – Ahmad Zahid

AHMAD ZAHID HAMIDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – “Tunggulah dalam sesi akan datang,” kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata demikian ketika diasak wartawan yang bertanyakan soalan mengenai penjelasan lanjutnya berhubung ‘pembersihan’ ahli UMNO, baru-baru ini.

Ahmad Zahid bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu sebelum beredar meninggalkan majlis.

Terdahulu, Ahmad Zahid hadir pada Majlis Anugerah Personaliti Quran dan Wakaf al-Qur’an di Kompleks Nasyrul Quran, di sini malam ini.

Sehingga kini, Ahmad Zahid belum lagi memberi penjelasan lanjut mengenai isu pembersihan ahli UMNO yang dibuat pada mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi  (MKT) pada Jumaat lalu yang membuat ketetapan memecat bekas Ketua Pemudanya, Khairy Jamaluddin dan bekas Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar kerana melanggar disiplin parti semasa PRU15.

Selain itu, UMNO turut menggantung keahlian beberapa pemimpin lain antaranya ialah Ahli Parlimen Sembrong yang juga bekas Naib Presiden, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan bekas Ketua Penerangan, Shahril Sufian Hamdan selama enam tahun. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya